Puasa…Teknik dan Renungan Bersama..

Posted in Ramadhan on August 27, 2009 by Hakimi Wellington Abdullah
Gambar Sekadar Hiasan

Gambar Sekadar Hiasan

Cara Berbuka dan Bersahur yang Berkesan:

1) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).

2) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan

3) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.

4) Kurangkan kadar makanan dari biasa

5) Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.

6) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara Berpuasa yang Tidak Berkesan:

1) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)

2) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam

3) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi gout dan alahan.

4) Mengulangi makan sepanjang malam.

5) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan

6) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang Menjejaskan Khasiat Puasa kerana Mengandungi Bahan Kimia:

1) Kopi dan teh.

2) Air paip masak yang tidak ditapis.

3) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.

4) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)

5) Merokok

Fasa-fasa Puasa yang Berjaya:

1) Fasa pertama (2-3hari):

  • Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

2) Fasa kedua (3-14 hari):

  • Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

3) Fasa ketiga(14-akhir puasa):

  • Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan Segelintir Kita Yang Terbalik…

Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? Yang sedihnya, ada juga yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solatnya, mereka hanyalah berlapar dan dahaga sahaja…

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:

“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”

Edisi Ramadhan..

Posted in Ramadhan on August 21, 2009 by Hakimi Wellington Abdullah

Alhamdulliah..edisi ke13 akhirnya dapat diterbitkan, InsyaAllah Edisi Xtra Ramadan akan menyusul..Semoga mendapat manfaat..

Mukasurat 1

Mukasurat 1

Mukasurat 2

Mukasurat 2

Ya..Berpuasa Satu Kelebihan..

Posted in Ramadhan on August 21, 2009 by Hakimi Wellington Abdullah

HakimiPoster

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi dan membuka peluang kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat untuk menunaikan kewajipan berpuasa pada bulan yg mulia dan penuh keberkatan ini. Semoga Ramadhan kali ini mendidik jiwa diri untuk menjadi insan yang tinggi martabatnya di sisi Allah SWT. Kelebihan & keagungan bulan Ramadhan dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapatkan keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah & bertaqwa kepada Allah, di samping solat2 sunat, tasbih, berzikir dan sebagainya…

Di sini saya ingin berkongsi beberapa fakta yang telah saya dapati daripada beberapa buku tentang kelebihan dan keajaiban puasa dari perspektif kesihatan :

  • Awet muda
  • Mengurangkan berat badan
  • Mendapatkan tubuh badan yang menarik
  • Meningkatkan kecerdasan mental
  • Kesihatan tubuh badan
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mengurangkan ketegangan
  • Menurunkan kadar kolestrol
  • Meningkatkan tenaga batin
  • Mengurangkan stress
  • Tidur lebih nyenyak
  • Memberikan kesempatan kepada tubuh untuk menyembuhkan penyakit
  • Mengurangkan kebergantungan kepada ubat

Maka, benarlah sabda Nabi SAW :

“Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat”

Dan, lagi satu, pada setiap hari lebih 6 juta penduduk Amerika berpuasa untuk pelbagai tujuan.

Malah Imam Syafie terkenal dengan kepintaran dan kekuatan hafazan. Pada ketika umur 15 tahun lagi, beliau sudah bertaraf ulama’ besar dan layak member fatwa. Rahsianya, Imam Syafie mengamalkan puasa-puasa sunat untuk menjadi hebat! Suatu hari beliau menceritakan, sudah 16 tahun beliau tidak pernah kenyang. Dan sebenarnya lapar menajamkan fikiran sebaliknya kenyang akan menumpulkan fikiran.

Jadi….jangan beralasan anda tidak mampu menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. Jangan anggap puasa menurunkan kualiti dan produktiviti sebaliknya menjadikan insan yang produktif dan cemerlang!

Peristiwa Besar Pada Bulan Ramadhan

Posted in Ramadhan on August 19, 2009 by Hakimi Wellington Abdullah

Ramadhan yng dirindu

(Dipetik dari buku Ramadhan: Tetamu Yang Dirindui)

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.

Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.

Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.

Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:

Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.

Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.

Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.

Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.

Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.

Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.

Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.

Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.

Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Hijab Memelihara Wanita…

Posted in Wanita on August 19, 2009 by Hakimi Wellington Abdullah

hijab

Pendahuluan

Antara isu yang sering menarik perhatian dan menjadi salah faham serta serangan golongan anti Islam adalah berhubung dengan isu wanita. Isunya pelbagai tetapi temanya sering sama berkaitan dengan penindasan, diskriminasi, keganasan, ketidakadilan dan tiada kebebasan yang diberikan kepada wanita Islam dalam menjalankan kehidupan mereka.

Perbincangan ‘Kemuliaan Mahkota Wanita’ dipilih secara simboliknya kerana rambut dikaitkan sejak sekian lama dengan kecantikan dan kemuliaan wanita. Namun, kita akan membincangkan topik ini dalam konteks bagaimana Islam menjaga kehormatan wanita dengan mewujudkan satu sistem hijab yang merangkumi antara lain garis panduan pakaian menutup aurat dan menjaga pandangan dan batas-batas pergaulan untuk mengatur (bukan menyekat) interaksi antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat.

Sejarah Tudung

Sejarah pemakaian tudung kepala ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung kepala diamalkan oleh rahib wanita mereka. Dengan kedatangan Islam wanita diperintahkan Allah untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi belahan dada. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Petanda keimanan mereka terserlah dengan sikap Sami’na Wa’ato’na (Kami mendengar dan kami taat) terhadap apa jua perintah dan ketetapan Allah tanpa perlu melihat rasional dan hikmah yang terselindung di sebalik perintah tersebut.

Dengan berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di kalangan umat Islam. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala wanita Islam. Mereka berjaya meyakinkan wanita bahawa untuk maju, mereka harus mengikut budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara berpakaian. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan.

Shah Iran pada tahun 1936 misalnya memulakan polisi membuka tudung wanita dan memaksa mereka berpakaian cara Barat. Pemandu teksi akan dikenakan denda sekiranya membawa wanita bertudung dan polis disuruh mencabut tudung wanita yang berjalan di jalanraya. Malah arahan diberikan supaya tudung wanita ini dikoyakkan sekiranya mereka memakainya di khalayak umum. Di Malaysia sendiri sebelum tahun 1970-an, amat jarang wanita memakai tudung kecuali mereka di pedalaman dengan fesyen menampakkan jambul.

Dengan bermulanya era kebangkitan Islam zaman 1970-an dan 1980-an, wanita kembali kepada penghayatan Islam yang sebenar. Mereka menyedari kewajiban menutup aurat dan dengan kesedaran dan kerelaan sendiri mereka mula memakai tudung. ‘Tudung dakwah’ adalah sinonim dengan cara pemakaian tudung yang betul mengikut syariat selari dengan golongan dakwah yang mengamalkannya.

Lama-kelamaan amalan ini meresap ke dalam masyarakat sehingga menjadi semacam kewajiban yang tersirat dan dijadikan sebahagian pakaian seragam sekolah. Akibatnya, kian ramai yang mengenakan tudung hanya kerana terpaksa, sebagai pakaian seragam ataupun kerana mengikut perkembangan fesyen semasa dan bukannya bersandarkan kefahaman dan kesedaran untuk mengamalkan syariat Allah. Tidak sedikit yang mencemari kesucian tudung yang dipakai dengan terlibat dalam pelbagai kelakuan yang tidak bermoral lagi sumbang.

Namun, fenomena ini juga tidak bertahan lama. Idea-idea asing atas nama pembebasan wanita dan perjuangan menuntut hak wanita mula bertapak di Malaysia, kali ini dalam bentuk pemikiran Islam Liberal yang mempersoalkan hal tudung ini. Menggunakan platform kebebasan individu utnuk mengamalkan agama dan hak asasi manusia, mereka mempersoal dan menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit dalam masyarakat.

Beberapa peristiwa mutakhir di Malaysia menunjukkan keruncingan kemelut tudung ini. Antaranya:

  • Pengetua SMK Abdullah Munshi di Pulau Pinang, melarang pelajarnya yang berumur 15 hingga 18 tahun daripada mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring peringkat negeri kerana membuka tudung semasa bermain [News Straits Times 23 Mac 2006];
  • Di Pahang, seorang guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mereka [Utusan Malaysia bertarikh 25 Februari 2006];
  • Seorang pegawai Akaun, Habsah Jaafar dibuang kerja kerana majikanny, Hotel Renaissance tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa bekerja [Utusan Malaysia 27 Februari 2006];
  • Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Omar Bakri semasa bertugas pernah memeranjatkan banyak pihak dengan kenyataannya mewajibkan polis wanita wanita memakai tudung semasa bertugas dengan alasan keseragaman [News Straits Times 22 Mac 2006]; Namun isu ini diredakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa pemakaian tudung hanyalah pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, di mana mereka perlu mengikuti peraturan [Mingguan Malaysia 26 Mac 2006];

Sebelum ini, isu pemakaian tudung pelajar MRSM dan Universiti Islam Antarabangsa telah pun mencetuskan kontroversi. Antara hujah mereka yang menentang penguatkusaan tudung sebagai pakaian seragam samada di sekolah mahupun dalam pasukan beragam adalah kerana ia kononnya mencabuli kebebasan individu dan menurut mereka terdapat khilaf ulama berhubung bentuk pakaian wanita Islam khususnya dalam pentafsiran Surah An Nur ayat 31. Mereka mahukan ayat ini ditafsir semula mengikut citarasa dan kehendak nafsu mereka. Sedangkan jumhur ulama sebenarnya sudah sepakat berhubung dengan maksud ayat ini dan meletakkan garis panduan cara berpakaian bagi wanita dan lelaki menurut syariat (lihat di bawah).

Di peringkat antarabangsa pula, isu tudung bagi wanita Islam terus mencetuskan kontroversi. Kes Ahli Parlimen terkemuka Turki, Merve Safa Kavakci daripada Parti Kebaikan Turki yang dipecat kerana bertudung, Shabina Begum, 17 tahun di London dan empat pelajar Singapura yang dinafikan persekolahan juga kerana bertudung, terus menjadi antara kes sekularisme vs Islam yang akan tersimpan dalam lipatan sejarah.

Selain itu, tindakan Perancis mengharamkan pemakaian tudung di sekolah awam telah mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Eropah menentang tindakan yang tidak bertamadun ini. Ribuan wanita turun membanjiri jalan raya London membawa sepanduk menegaskan bahawa hijab adalah satu kewajiban dan menjadi pilihan wanita Islam untuk mengamalkan ajaran agama mereka. Hijab juga melambangkan kebebasan, bukan penindasan terhadap kaum wanita. Dengan berhijab, wanita menuntut supaya mereka dinilai dan dilihat atas dasar keimanan dan kebijaksanaan serta budi pekerti dan bukan hanya bahan tontonan objek seks semata-mata.

Bagaimana pula sikap kita yang sedang membaca?

comeltudung

Tudung dan Syariat

Isu tudung tidak seharusnya menjadi polemik dalam masyarakat. Ia bukan soal etika berpakaian. Bagi Muslim, menutup aurat adalah perintah agama yang wajib dilaksanakan. Orang yang menggunakan ayat Allah dalam permulaan ayat 256 Surah Al Baqarah yang bermaksud “Tiada paksaan dalam agama…” sebagai sandaran tidak boleh menguatkuasakan perintah bertudung telah melakukan kebatilan dalam agama. Memang benar tiada paksaan dalam menganut agama Islam. Namun, setelah yakin Islam adalah ajaran hidup yang benar, semua umat Islam tidak terkecuali daripada menjalankan peritah Allah secara keseluruhannya sebagaimana firman Allah dalam surah yang sama pada ayat awal dari surah Al Baqarah ayat 208 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu.

Peri hal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah dalam surah An Nur ayat 31 bermaksud:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka; …

Golongan Islam Liberal menghujah bahawa kalimat khumur sebagai sekeping kain untuk menutup dada (maka cukup dengan memakai selendang di dada tanpa perlu menutup rambut) sedangkan tafsiran jumhur ulama adalah melabuhkan tudung yang sedia dipakai itu menutup rambut dan menutup belahan dada.

Cara Menutup Aurat – Panduan Syariat

Al Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau tudung (sebahagian makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus digunakan oleh wanita Muslim. namun, ulama memberikan garis panduan cara berpakaian mengikut landasan syariat. Antaranya ialah:

  1. Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam;
  2. Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna;
  3. Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk tubuh;
  4. Tidak dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang melampau mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga membezakannya dengan orang lain dan menarik perhatian;
  5. Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh sehingga menimbulkan ujub dalam diri,
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki .

Hijab – Satu Sistem Sosial yang Lengkap

Perintah untuk kita mengamalkan Islam secara keseluruhannya mempunyai makna yang mendalam sebab Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap yang akan menjamin kesejahteraan hidup umat manusia sekiranya dilaksanakan dengan sempurna. Salah satu daripada peraturan hidup Islam adalah sistem hijab iaitu satu peraturan sosial yang mengatur kehidupan manusia terutamanya dalam hal-hal yang membabitkan perhubungan dan pergaulan antara lelaki dan wanita. Perintah ini tidak hanya untuk wanita, malah mesti dilaksanakan dan dipatuhi oleh kaun lelaki sebagaimana penegasan Allah dalam sebelumnya iaitu ayat 30 surah An Nur di mana arahan ini diperintahkan terlebih dahulu kepada kaum lelaki yang beriman.

Katakanlah kepada lelaki beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya…

Panduan yang merangkumi perintah untuk lelaki dan wanita termasuklah:

  1. Menjaga dan menundukkan pandangan.
  2. Menjaga kemaluan.
  3. Memakai pakaian menutup aurat.

Sementara perkara berikut dikhususkan untuk wanita sahaja di atas hikmah tertentu:

  1. Melabuhkan tudung ke dada.
  2. Tidak mempamerkan perhiasan kecuali yang biasa nampak.
  3. Tidak menghentakkan kaki untuk menunjukkan perhiasan yang tersembunyi.
  4. Tidak bertabarruj atau bersolek termasuk memakai wangian di luar rumah.

Jelas di sini tiada diskriminasi gender dalam Islam. Yang ada hanyalah peraturan tertentu sesuai dengan perbezaan kejadian lelaki dan wanita. dasar kesamarataan antara insan lelaki dan wanita dalam Islam termaktub jelas dalam Al Quran, antaranya dalam surah Al Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

Wahai Manusia! Sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa.

Sementara hakikat perbezaan kejadian dan tindakan lelaki dan wanita dinyatakan Allah di dalam Al Quran dalam surah Al Lail ayat 3 dan 4 yang bermaksud:

Dan demi makhluk ciptaanNya lelaki dan perempuan. Sesungguhnya amal usaha kamu itu berbeza-beza.

Hijab dan Sains

Semenjak dahulu lagi hijab dikenakan dalam syariat Kristian dan lain-lain syariat.Namun walaupun penafian terhadap hijab ini amat hebat ia tetap menepati ciri fitrah manusia yang semulajadi membantu dalam gejala sosial, akhlaq dan kesihatan. Kesihatan? Ya, hijab punya nilai tambah dalam soal kesihatan badan. Ini dilaporkan dalam artikel The Science Behind The Veil di IslamOnline.net tulisan Karima Burns yang mengatakan:

Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak.

Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa :

Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Jesteru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas.

Ya melihatkan fesyen pada baju kini kebanyakannya ditambahkan sekali penutup kepala contohnya baju sejuk tebal yang berfungsi mengawal suhu badan dan mengelak kehilangan haba badan serta kelupasan kulit. Ini adalah sebenarnya melihatkan faktor cuaca. Namun Muslim bukan memakai sesuatu pakaian disebabkan faktor cuaca tetapi adalah perintah Allah yang menuntut Muslim itu menutup auratnya.

Penutup

Pemakaian tudung adalah suatu kewajiban syarak. Ia bukanlah isu pilihan peribadi dan mengenai hak asasi. Tanggapan bahawa adalah salah menghukum seseorang kerana ia tidak memakai tudung merupakan suatu tanggapan yang terpesong.

Tudung juga tidak bolehdianggap sebagai adat budaya orang Melayu sahaja dalam konteks Malaysia ini. Orang Melayu dulu, memakainya kerana agama Islam yang mereka anuti. Bagi umat Islam di Malaysia, pendidikan mengenai tudung, hakikat syaraknya dan cara pemakaiannya yang betul hendaklah diperbetul dan diperhebatkan. Ini adalah perlu sebab ramai antara kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia tidak difahamkan dengan jelas, samada oleh individu di sekelilingnya, masyarakat, keluarga mahupun pemerintah tentang kewajiban mengenakan tudung dan pakaian menutup aurat yang sah di sisi syarak. Dengan pemahaman ini, masyarakat akan lebih peka mengenai aturan syarak dalam penutupan aurat. Seterusnya, ini akan menimbulkan kepekaan yang amat tinggi dalam masyarakat, tegur-menegur atas kebaikan, khususnya dalam isu pemakaian tudung dan pakaian menutup aurat yang betul akan berleluasa dan rahmat Islam akan menyelubungi seluruh umat.

Di samping pendidikan dan teguran, hukuman takzir juga boleh dilaksanakan oelh negara Islam yang berdaulat kepada sesiapa yang tidak melaksanakan pemakaian tudung dan pakaian Islam yang sah di sisi syarak. Ini pernah dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Uthmaniyyah Turki, dengan mengeluarkan pekeliling mendenda wanita yang tidak memakai tudung.

Akhirnya, perintah menutup aurat dan berhijab ini hanyalah sebahagian kecil daripada banyak sistem dan cara hidup Islam yang telah ditinggalkan dan diambil ringan. Sistem hijab mestilah dijalankan seiring dengan sistem kehidupan Islam yang lain merangkumi sistem pemerintahan, ekonomi, perundangan, penghukuman, pendidikan dan sosial. Dengan ini barulah kesejahteraan umat yang sebenarnya yang dijanjikan Islam dapat direalisasikan. Ini memerlukan kerjasama yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak untuk melaksanakannya.

Dipetik dari : http://fauzanibrahim.wordpress.com/

Rahsia Hari Lahir…Betulke?

Posted in Umum on August 17, 2009 by Hakimi Wellington Abdullah

Secara keseluruhannya.sikap saya adalah seperti berikut..Ada betulnya, dan 95% darinya adalah betul… Rahsia Lahir Bulan Ogos..

hakimi wellington

* Suka berlawak. * Mudah tertawan padanya. * Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. * Berani dan tidak tahu takut. * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. * Pandai memujuk orang lain. * Terlalu pemurah & bersikap ego. * Nilai harga diri yang sangat tinggi. * Dahagakan pujian. * Semangat juang yang luar biasa. * Cepat marah & mudah mengamuk. * Mudah marah apabila cakapnya dilawan. * Sangat cemburu. * Daya pemerhatian yang tajam & teliti. * Cepat berfikir. * Fikiran yang berdikari. * Suka memimpin & dipimpin. * Sifat suka berangan. * Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. * Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. * Belajar untuk bertenang. * Sikap kelam kabut. * Romantik, pengasih dan penyayang. * Suka mencari kawan

Akan datang…saya akan ulaskan lebih lanjut satu persatu karakter tersebut..InsyaAllah..

Menangislah Bila Perlu Menangis..

Posted in Menuju Cahaya on August 14, 2009 by Hakimi Wellington Abdullah

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan .Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

baby crying

Air mata adakalanya penyubur hati,penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid. Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan.

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang.” (al- Hasr: 20)

Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda : “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya,kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda : “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : ” Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala.” Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :

“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.” Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : “Kenapa engkau menangis?” “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,”jawabnya. Ibnu Mas’ud r.a. berkata: ” Seorang yang mengenal al Quran dikenali apabila waktu malam ketika orang lain tidur dan waktu siangnya ketika orang lian tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga. Seharunya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam lalai, bersuara keras dan pemarah.

Tanyailah orang-orang yang soleh mengapa dia tidak berhibur: ” Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati tu di belakang kami,kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah.”

Menangisah di sini sepuasnya, sebelum menangis di sana……